
Chelsea tewas sekali lagi apabila tewas 1-0 kepada kelab tercorot Premier League, Southampton yang menyebabkan penyokong setia Stamford Bridge mencemuh pengurus, Graham Potter.
Pasukan Potter telah dihentam dari awal hingga ke penghujung permainan, dengan beberapa peminat meluahkan kekecewaan mereka kepada pengurus serta menggesa supaya dia dipecat.
Chelsea menduduki tempat ke-10 liga dan hanya menang sekali pada 2023, memperoleh cuma 10 mata daripada 11 perlawanan terakhir.
Itu adalah merupakan pulangan yang menghampakan untuk kelab besar dan mewah seperti The Blues.
Terdapat banyak faktor mengapa Chelsea tidak menunjukkan prestasi yang baik dan Potter masih percaya dia adalah individu yang sesuai untuk jawatan itu.
Berikutan kekalahan di Stamford Bridge, Potter menegur dan menyatakan bahawa dia tidak percaya dia adalah masalah di kelab London itu.
Bos Chelsea itu berkata melalui Evening Standard : “Selepas kekalahan 1-0 di tempat sendiri, sebarang kritikan yang anda dapat boleh difahami.
“Saya fikir kami telah melalui tempoh yang sukar dan saya fikir kami mempunyai banyak cabaran dari segi menyesuaikan pemain muda di EPL.
“Walaupun keputusan tidak sesuai dengan keinginan anda, ia boleh menjadi sukar, begitulah keadaannya.
“Saya pasti akan ada orang di luar sana yang menganggap saya adalah masalahnya.
“Saya rasa mereka tidak benar, tetapi saya tidak cukup angkuh untuk mengatakan pendapat mereka tidak berbaloi untuk diutarakan.
“Tugas saya adalah untuk membantu pasukan, terus bekerja melalui tempoh berpasukan.
“Kami terpaksa membuat beberapa perubahan hari ini dan sebenarnya kami mengambil langkah ke belakang dalam prestasi kami pada separuh masa pertama.
“Sambutan pada separuh masa kedua adalah baik, tetapi ia tidak cukup bagus.”