
Meskipun Premier League masih belum membuka tirainya, tetapi Andreas Pereira sudah menjaringkan gol bertaraf anugerah Puskas untuk Manchester United yang melayani kunjungan Brentford di Old Trafford.
United tidak menunggu lama untuk menyumbat gol pada 5 minit pertama babak kedua apabila percubaan oleh Jesse Lingard deras ke arah David Raya.
Penjaga gol itu pada mulanya berjaya menyelamatkan rembatan deras dari Lingard, namun selepas bola dikeluarkan ke luar kotak, Pereira tidak berfikir panjang untuk melakukan rembatan voli.
Bola belum lagi mendarat ke tanah, beliau melepaskan voli padu ke arah gawang yang menerjah palang gol sebelum memasuki ke dalam jaring.
Jaringan cantik itu dibandingkan dengan gol dari lagenda Red Devils sendiri, Paul Scholes yang pernah mencipta satu rembatan kencang sewaktu bertemu Aston Villa pada 2006.
Berbalik pada perlawanan, Man Utd hanya mampu seri 2-2 dengan pendatang baru EPL, Brentford pada awal pagi tadi.
Mereka ada 2 lagi aksi persahabatan iaitu menentang Preston dan Everton sebelum memulakan liga pada 14 Ogos nanti.
PAPAN IKLAN
Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila hubungi:


*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.