by admin in
Premier League Video

Aston Villa dinafikan dengan gol penyamaan yang lewat menentang West Ham United selepas peraturan ofsaid yang sangat ketat.

Setelah terlepas satu sepakan penalti pada minit ke-74′, penyerang Villans iaitu Ollie Watkins menyangkakan bahawa beliau telah menebus semula kesilapannya apabila menyambut umpanan melintang Matt Target sewaktu saat terakhir.

Namun, campur tangan VAR menilai bahawa lengannya sedikit berada pada kedudukan ofsaid.

Kelihatan juga yang lengannya terjulur keluar dek dikasari oleh pertahanan West Ham, Angelo Ogbonna.

Bantuan garisan ofsaid juga dibawa keluar dalam satu tinjauan yang agak lama. Kemudian, Stuart Atwell selaku pengadil yang bertugas telah memutuskan untuk membatalkan gol tersebut dan The Hammers pertahankan 1 gol kelebihan itu sehingga penamat wisel di Stadium Olimpik London.

Sekali lagi, peminat agak marah dan bengang dengan cara penafsiran undang-undang mengenai kedudukan ofsaid dan membuatkan keputusan itu sebagai salah satu yang terteruk sejak kebelakangan ini.

Lagenda Liverpool, Jamie Carragher turut serta menghentam insiden itu dan menghuraikan pendapatnya mengenai keputusan VAR yang penuh kontroversi, di samping saling berhujah dan ‘bertekak’ dengan rakan punditnya iaitu Garry Neville di studio Monday Night Football.

Ia bukanlah satu malam yang baik buat Watkins di Timur London di mana beliau gagal menjaringkan sepakan penaltinya apabila hanya mengegarkan palang.

https://twitter.com/noob_fcb/status/1333524888091496450?s=20

West Ham mendahului perlawanan menerusi gol tandukan Angelo Ogbonna, sebelum Jack Grealish merembat kencang bola untuk menjaringkan gol yang penuh berskil individu.

Beberapa minit selepas waktu rehat, tuan rumah kembali menawan perlawanan, sekali lagi pemain gantian iaitu Said Benrahma melakukan impak yang pantas dengan memberi lorongan yang cantik untuk Jarrod Bowen menanduk masuk ke dalam gawang.

Keputusan itu menyaksikan West Ham memanjat tangga ke-5 liga.

PAPAN IKLAN

Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:

https://fgsstore.weebly.com/xflix.html

*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.

Share Post:

Related Posts

2 Comments

 by Eliza Megan in December 3, 2020

Hi, How are you doing? I am reaching to offer a simple 3 step process of guest post on your website. 1. I will send you some interesting topic ideas for a guest post 2. You will choose one topic out of those topic ideas 3. I will then send you a high- quality article on the topic chosen by you I would just expect you to give me a do-follow backlink within the main article. So, shall we start with step 1? Best, Eliza Megan

 by Hernandez in December 4, 2020

can i know what is the specific purpose upon that?

Leave a Reply