by klasikko in
Premier League

Bos Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gol Crysencio Summerville menghantuinya pada waktu malam.

Leeds berjaya meraih ketiga-tiga mata selepas gol dramatik lewat daripada pemain muda itu di Anfield hujung minggu lalu.

Kelab dari Yorkshire itu memenangi perlawanan pertama di Premier League sejak Ogos yang membantu mereka terkeluar dari zon penyingkiran.

“Saya masih terjaga pada waktu malam kerana gol itu tetapi ada sebab mengapa ia berlaku.”

Ditanya sama ada ia adalah perkara biasa untuk bangun memikirkan tentang gol yang dibolosi, Klopp bergurau:

“Saya berumur 55 tahun, saya kerap ke tandas semalam.

“Itulah sebabnya saya selalu bangun tetapi pada masa ini, gol itu sering berada di fikiran saya, ya.”

Liverpool kini berada di tangga kesembilan liga dengan ramai yang beranggapan skuad mereka sudah melepasi tahap kemuncak selepas kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Leeds dan 1-0 kepada Nottingham Forest.

Share Post:

Related Posts