by klasikko in
Moment

Liverpool secara rasmi mengumumkan bahawa Loris Karius antara salah seorang pemain yang akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Kelab itu mendedahkan beberapa pemain dan nama Karius adalah bersama Divock Origi, Sheyi Ojo dan Ben Woodburn yang bakal dilepaskan pada akhir kontrak mereka.

Karius tidak bermain untuk kelab itu sejak perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2018.

Malam itu di Kyiv, Karius melakukan dua kesilapan besar yang menyaksikan Real Madrid menang ‘percuma’ 3-1.

Malah, sebenarnya seluruh karier Karius di Liverpool dipenuhi dengan kesilapan.

Selepas tiba pada 2016 dari Mainz dengan harga £4.75 juta, Karius menggantikan Simon Mignolet sebagai pemain No.1 kelab itu.

Tetapi menjelang Disember, posisinya dirampas semula oleh Mignolet oleh kerana beberapa persembahan hambarnya.

Prestasinya semasa Liverpool tewas 4-3 kepada Bournemouth adalah menyebabkan penjaga gawang Jerman itu bersalah kerana dua gol berpunca daripadanya sekaligus membuang kelebihan 3-1.

Seminggu sebelum itu, Liverpool menewaskan Sunderland 2-0 di Anfield dengan Karius mengekalkan clean sheet.

Tetapi ia juga bukanlah sebuah malam yang sempurna untuk penjaga gol.

Kenapa? Kerana beliau mengambil tendangan gol terburuk dalam sejarah Premier League di hadapan The Kop.

Karius cuba melakukan sepakan pendek ke arah pertahanan, Joel Matip tetapi cubaan itu terlalu teruk ketika ia dilancarkan.

Natijahnya, ia memberikan pihak lawan tendangan sudut.

Untuk merumuskannya, Matip memberikan pandangan kepada Karius seolah-olah berkata “Apa yang kau cuba lakukan!?”

Dari saat situlah Klopp sepatutnya tidak menurunkan Karius dan terus bermain dengan Mignolet untuk baki saingan kempen.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Karius telah menjalani tempoh pinjaman di Besiktas ( musim 2018/19 dan 2019/20.

Manakala untuk kempen yang lalu, beliau menghabiskan masa di Union Berlin dengan hanya turun dalam empat penampilan liga.

Menjelang perlawanan akhir UCL menentang Real Madrid baru-baru ini, Klopp bercakap tentang malam itu di Ukraine dan kritikan ‘pedas’ terhadap Karius.

“Loris Karius adalah seorang pemain yang sangat baik dan malam itu dia tidak membantu kami untuk mengatakannya kerana semua yang kami lakukan berlaku di khalayak ramai,” kata Klopp.

“Seluruh dunia memberi pendapat tentang kami secara berterusan, biasanya ia tidak penting.

“Jika orang berfikir tentang saya ‘bodoh’ atau apa sahaja, ia tidak menjadi masalah kerana saya rasa ia adalah normal.

“Tetapi jika kamu merasakan tentang dirinya sendiri. Oh tuhan, bagaimana saya boleh melakukannya?

“Itu benar-benar melampau dan ia berlaku ke atas Loris.”

Share Post:

Related Posts