
Chelsea melakarkan kemenangan yang cukup selesa ke atas Norwich semalam.
Gol dari Mason Mount (3 gol), Callum Hudson-Odoi, Reece James, Ben Chilwell dan Max Aarons (gol sendiri) memberi mereka kemenangan besar 7-0.
Skor jaringan itu lebih manis memandangkan mereka turun tanpa 2 penyerang utama mereka.
Romelu Lukaku dan Timo Werner mengalami kecederaan ketika menentang Malmo dalam saingan UEFA Champions League.

Kedua-duanya diketepikan pada perlawanan yang dilangsungkan di Stamford Bridge.
Kamera televisyen sempat merakam gelagat Werner pada lewat separuh masa kedua semasa pasukannya mendahului 5-0.
Mereka berjaya merakam detik lucu yang menampilkan bintang Chelsea itu.
Penyerang Jerman tersebut dilihat bertanya kepada staf jurulatih tentang apa yang kelihatan seperti gula-gula getah.
Jurulatihnya itu nampak seperti memaksanya, tetapi apabila Werner menyedari dia telah diberi gula-gula getah berperisan wain yang berwarna jingga, dia langsung tidak mengambilnya.
Werner benar-benar kelihatan bingung dan menyerahkan manisan itu kepada jurulatih yang lain sebelum berusaha mendapatkan yang lain.
Werner memberi reaksi terhadap momen lucu itu di laman Instagramnya sambil bertindak balas dengan dua emoji mengangkat bahu.
