by klasikko in
Premier League

Manchester United masih masih belum cukup meyakinkan di bawah pengurus baharu Erik ten Hag, menurut Gary Neville.

Bekas bek kanan Red Devils itu telah memberikan penilaian yang tegas dan jujur tentang prestasi kelab lamanya di bawah bos baru mereka musim ini.

Ten Hag pastinya memerlukan masa untuk membuat perubahan besar yang amat diperlukan di Old Trafford dan Neville telah mengenalpasti satu kelemahan ketara dalam skuad permainan Man Utd.

Bekas pemain England itu memilih bahagian serangan mereka sebagai yang paling lemah di antara 6 kelab teratas di Premier League.

“Ia cukup mengecewakan. Secara keseluruhan, saya langsung tidak yakin dengan United.

“Ramai menganggap United sudah bangkit, tetapi tidak. Mereka tidak setanding seperti Man City,” akui Neville.

“Mereka lebih seronok untuk ditonton dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

“[Christian] Eriksen telah membawa kualiti sebenar di bahagian tengah dan [Lisandro] Martinez telah melakukan yang baik di bahagian pertahanan.

“Tetapi mereka tercedera dan itu masalah sebenar. Tiga barisan serangan United adalah yang paling lemah daripada enam pasukan teratas pada pendapat saya.

“Saya rasa Ten Hag menerima tenaga semaksimum daripada mereka. Dia memerlukan dua atau tiga tahun dan beberapa jendela perpindahan.

“Terdapat tanda-tanda mereka semakin baik tetapi mereka masih belum bangkit.”

United hanya menjaringkan 18 gol liga setakat musim ini, dengan Manchester City menjaringkan lebih dua kali ganda setakat ini.

Lebih mengejutkan, pasukan seperti Leicester City, Fulham dan Brentford telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding United.

Dengan Cristiano Ronaldo semakin hampir ke usia 40 tahun, pemain muda seperti Marcus Rashford dan Jadon Sancho terbukti tidak konsisten.

Share Post:

Related Posts