
Liputan BBC perlawanan ulangan Piala FA antara Wolverhampton Wanderers dan Liverpool terganggu oleh bunyi aneh semasa siaran langsung.
Sembang pra-perlawanan antara Gary Lineker dengan Alan Shearer telah diganggu oleh bunyi lucah yang terkenal dan ia kedengaran selama beberapa minit.
Walaupun Lineker pada mulanya terkejut dengan bunyi itu tetapi dia berjaya menangani situasi tersebut dengan baik sambil menahan gelak.
Bekas pemain England itu kemudiannya menulis memuatnaik tweet gambar telefon yang memainkan bunyi itu di belakang set.
Kemudian, akhirnya kebenaran telah terbongkar apabila pelawak popular YouTube, Jarvo69 telah mengakui gurauan itu dan mendedahkan bahawa dia melakukan aksi itu semasa pra-perlawanan.
Pelaku gurauan itu mengakui dia bertindak semasa strim langsung di salurannya.