by klasikko in
Premier League

Manchester United kini sedang berbincang dengan Alejandro Garnacho mengenai kontrak baharu dalam usaha untuk mencuba mengikat pemain berusia 18 tahun itu dengan perjanjian jangka panjang.

Pemain sayap itu mengharungi tahun paling berjaya di Old Trafford dan telah memberi impak kepada musim United setakat ini.

Pertembungan derbi Manchester menjadi contoh terbaik untuk apa yang diketengahkan kepada pasukan Erik ten Hag.

Garnacho merupakan bakat yang masih mentah tetapi sudah menjadi kegemaran di kalangan penyokong Man United.

Red Devils kini cuba memujuknya menandatangani perjanjian lapan tahun sekaligus menjadikan perjanjian terpanjang dalam sejarah kelab itu.

Bagaimanapun, Garnacho dipercayai tidak berminat untuk membuat perjanjian lebih daripada empat tahun dan tidak mahu tempoh lapan tahun dimasukkan dalam kontrak baharunya.

Man United juga sedang mempertimbangkan untuk melanggar tradisi dan termasuk klausa pembelian keluar.

Garnacho kelihatan mempunyai masa depan yang cerah dan tidak hairanlah Man United bekerja keras untuk menyelesaikan perjanjian sebelum kontrak semasanya tamat pada 2024.

Rundingan dikatakan berjalan lancar dan hanya menunggu masa sebelum kontrak baru untuk pemain muda itu diumumkan.

Share Post:

Related Posts