by klasikko in
Premier League

Jaringan minit akhir oleh Alejandro Garnacho di Craven Cottage untuk Manchester United dianggap menyerupai gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo ketika muda.

Pemain berusia 18 tahun itu membantu Red Devils mengutip 3 mata penuh menentang Fulham dalam perlawanan terakhir Premier League sebelum Piala Dunia bermula.

Garnacho menggantikan Anthony Martial pada separuh masa kedua sejurus selepas United bolos kepada gol penyamaan menerusi bekas pemain, Daniel James.

Pemain muda Argentina itu bermain dengan penuh yakin dan kelihatan mengancam setiap kali dia menyentuh bola untuk United.

Dia sekali lagi mencipta fenomena apabila memenangi perlawanan pada minit ke-93.

Jaringan itu kelihatan sangat mirip dengan penyudah Ronaldo pada Februari 2007.

Ironinya, ia juga menentang pasukan dan di stadium yang sama, untuk menjadikan skor 2-1 berpihak kepada Red Devils.

Share Post:

Related Posts