by klasikko in
Premier League

Peminat Arsenal pasti sedang bermimpi apabila melihat gambar lama yang menunjukkan Erling Haaland mungkin seorang penyokong Gunners.

Penyerang Borussia Dortmund itu adalah salah satu bakat terbesar dalam bola sepak dunia hari ini selepas menonjolkan persembahan yang membuka mata ramai orang.

Namun, ada yang menyelongkar gambar lama Haaland memakai baju Arsenal semasa kecil yang pastinya akan mengujakan beberapa peminat kelab itu.

Haaland berkemungkinan besar akan berpindah ke Manchester City pada musim panas menurut laporan BBC Sport baru-baru ini.

Tetapi buat masa ini, peminat Arsenal boleh menumpang gembira dengan foto lama Haaland yang pernah menyarung jersi kebanggaan mereka itu.

Arsenal dijangka akan lebih aktif dalam pasaran perpindahan untuk mendapatkan penyerang baharu pada musim panas ini.

Walaupun hakikatnya sukar untuk melihat Haaland menyertai mereka kerana melibatkan pembayaran yang cukup tinggi.

Gunners juga semakin kurang pemain penyarang selepas pemergian Pierre-Emerick Aubameyang, manakala Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah boleh meninggalkan mereka secara percuma.

Jadi, mereka perlu merangka rancangan dalam usaha memancing beberapa penyerang yang boleh mengasah semula ketajaman bahagian serangan.

Share Post:

Related Posts