
Gabriel Jesus mencuri perhatian dalam penampilan sulungnya di Arsenal semalam.
Gunners menandatangani Jesus dalam perpindahan £45 juta dari Manchester City awal musim panas ini.
Dia dinamakan di bangku simpanan untuk perlawanan persahabatan menentang Nurnberg di Jerman.
Pada mulanya Arsenal ketinggalan 2-0 pada babak pertama, Mikel Arteta menghantar Jesus untuk aksi pertamanya dengan berbaju merah.
Dia cukup cemerlang pada separuh masa kedua kerana Arsenal mencipta kebangkitan yang luar biasa.
Gunners menang 5-3, dengan Jesus terlibat dalam empat daripada gol.
Jesus menyumbat gol pertamanya untuk kelab hanya 84 saat selepas dimasukkan.
Dia melorongkan bola satu-dua dengan Eddie Nketiah sebelum merembat bola ke dalam jaring dari sudut yang sempit.
Jesus menjaringkan gol kedua pada minit ke-75 ketika dia merembat bola ke dalam jaring dari jarak dekat.
Pemain berusia 25 tahun itu turut memainkan peranannya dalam dua gol sendiri Nurnberg yang dijaringkan oleh Christopher Schindler dan Tim Handwerker.
Meskipun ia hanyalaha aksi pra-musim, tetapi peminat Arsenal tidak boleh menyorokkan keterujaan mereka dengan Jesus.
Salah satu kejatuhan terbesar Arsenal musim lalu ialah mereka tidak mempunyai penyerang yang berkualiti.
Nketiah hanya mempamerkan prestasi pada minggu-minggu penutup musim ini, manakala Alexandre Lacazette hanya mampu menjaringkan empat gol dalam 30 perlawanan liga.
Walaupun tidak mempunyai penyerang elit dalam skuad mereka, Arsenal begitu hampir untuk menamatkan saingan di empat teratas dan menempah tempat mereka dalam Liga Juara-Juara.
Dengan kehadiraan Jesus, mereka kini mempunyai pemain yang boleh menjaringkan gol untuk kembali bersaing di pentas berprestij Eropah.