by klasikko in
Premier League

Erik ten Hag mengemudi Manchester United buat kali pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok semalam.

Pengurus Belanda terpaksa menghadapi perlawanan pertama yang lebih sukar bertemu saingat sengit Liverpool untuk permulaan pra-musim.

Ten Hag menamakan kesebelasan utama yang kuat dengan pemain seperti David de Gea, Bruno Fernandes dan Jadon Sancho semuanya tersenarai.

Manakala tiada tempat untuk pembelian pertama mereka, Tyrell Malacia.

Cristiano Ronaldo terus hilang dari radar untuk keseluruhan jelajah ke Asia kerana masalah peribadi.

Liverpool pula turun dengan pemain berpengalaman seperti Alisson, Jordan Henderson dan Luis Diaz dalam kesebelasan utama mereka.

Jurgen Klopp juga memberikan permulaan pertama kepada Fabio Carvalho yang berusia 19 tahun.

Sementara penyerang bernilai £85 juta, Darwin Nunez dinamakan antara pemain gantian di bangku simpanan.

Bagaimanapun, United mempamerkan aksi sensasi pada babak pertama, mendahului 3-0 sebelum waktu rehat hasil jaringan Jadon Sancho, Fred dan Anthony Martial.

Sancho menghasilkan penyudah kali pertama yang sangat baik selepas Liverpool gagal mengawal barisan pertahanan mereka.

Tetapi momen terbaik pada separuh masa pertama dihasilkan oleh Fred yang melakukan satu sungkitan ke atas Alisson dengan penuh tenang.

Anthony Martial kemudian mengubah kedudukan 3-0 dengan satu lagi penyudah cantik hasil gerakan pantas di belah sayap kanan.

Sejujurnya, ia adalah prestasi yang luar biasa daripada anak buah Ten Hag.

Diego Dalot hampir menambah koleksi gol sebelum separuh masa tetapi rembatan bek sayap itu hanya singgah ke tiang gawang.

Ten Hag pasti bangga dengan persembahan pasukan barunya kerana melakarkan kemenangan besar ke atas musuh tradisi di bumi Thailand.

Share Post:

Related Posts