by klasikko in
UEFA Champions League

Peminat Liverpool dirakam telah disembur dengan gas pemedih mata oleh pihak polis di luar Stade de France, Paris sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Sepak mula untuk pertembungan Liverpool menetang Real Madrid ditangguhkan selama 36 minit kerana kekecohan berlaku di luar stadium.

Venue telah dipindahkan dari Rusia ke Stade de France pada Februari lalu, tetapi adegan sebelum sepak mula amat meresahkan.

Terdapat laporan mengejutkan bahawa gas pemedih mata dan semburan lada telah dilepaskan ke atas penyokong yang menghadiri perlawanan itu.

Mark Ogden dari ESPN menyiarkan rakaman peminat Liverpool disembur lada yang mendapat pelbagai respon negatif di Twitter.

Sementara itu, koresponden Liverpool dari Goal.com menyiarkan video peminat Liverpool yang marah menceritakan pengalaman mereka mengenai situasi di luar stadium.

Seorang lagi wartawan, melaporkan bahawa peminat “menggosok mata dan batuk-batuk” selepas disembur gas pemedih mata dan lada.

Malah polis rusuhan dan keselamatan dilihat rebah ke tanah akibat impak semburan lada yang cukup kuat.

Mark Critchley dari The Independent melaporkan bahawa ramai peminat masih berada di luar stadium ketika permainan sudahpun bermula.

https://twitter.com/mjcritchley/status/1530635951730483200?s=20&t=85Cyoy-Rb98ouqnEO-X6Tw
Share Post:

Related Posts