
Peminat Arsenal meluangkan masa untuk menyindir bekas pemain pertahanan dan pakar Manchester United, Gary Neville berikutan kekalahan pasukan lamanya kepada Gunners semalam.
Pasukan London Utara itu mencatatkan kemenangan epik 3-2 ke atas Red Devils di Stadium Emirates dalam pertembungan kedua antara saingan itu.
Dua gol dari Eddie Nketiah dan jaringan jarak jauh dari Bukayo Saka membatalkan penyudah Marcus Rashford dan Lisandro Martinez.
Bos Arsenal, Mikel Arteta memuji kebangkitan pasukannya, setelah ketinggalan awal dan kemudian ditentang sengit sepanjang perlawanan.
“Kami kembali 2-1 dan ia betul-betul berlaku di Old Trafford,” kata Arteta kepada media selepas kemenangan itu.
“Kami mengawal dan mereka menjaringkan gol. Ia adalah saat di mana jika secara emosi anda tidak bersedia anda akan tewas.”
Jaringan lewat dari Nketiah mengegarkan seluruh stadium sebaik sahaja ia disemak oleh VAR kerana didakwa ofsaid, dengan Oleksandr Zinchenko keghairahan dalam sambutannya.
Bagaimanapun, Manchester United terpaksa kecewa di tangan pasukan tuan rumah.
Antara salah seorang yang paling kecewa adalah Neville lebih-lebih lagi dengan dakwaannya terhadap pasukan, yang terus membuktikan dia salah.
“Saya rasa Man City akan memenangi liga.” kata Neville di Sky Sports selepas pertembungan itu.
“Saya fikir, pada ketika musim ini Arsenal akan tewas satu atau dua perlawanan dan Man City akan mengejar mereka. Ia akan menjadi sangat sukar bagi mereka.”
Peminat memuatnaik imej reaksi bekas pertahanan itu ketika mereka bolos dengan seorang peminat berkata: “Ini membuatkan saya sangat gembira.”