by klasikko in
Carabao Cup

Manchester City dan Liverpool mempamerkan perlawanan klasik dengan pertembungan itu berakhir 3-2 berpihak pasukan Pep Guardiola.

Perlawanan terikat 1-1 selepas babak pertama yang sangat menghiburkan dan dengan pantas bertukar menjadi 2-2 hanya tiga minit separuh masa kedua.

Nathan Ake meraih gol kemenangan pada minit ke-58, tetapi aksi mendebarkan tidak terhenti di situ.

Persaingan sengit antara kedua-dua pasukan sejak sudahpun wujud beberapa tahun kebelakangan ini.

Keadaan menjadi lebih hangat menjelang minit terakhir perlawanan apabila Rodri dan Fabinho bertembung.

Pemain tengah The Reds itu bertelagah sebelum ditolak oleh Rodri.

Lebih ramai pemain terlibat dalam pergaduhan itu apabila Fabinho tersungkur ke atas padang.

Selepas kemenangan penting, Citizens diundi bertemu Southampton pada suku akhir bagi pencarian PIala Carabao.

Bagi Liverpool, perjalanan liga mereka tetap diteruskan dengan kunjungan ke Aston Villa pada awal pagi Selasa depan.

Share Post:

Related Posts