by klasikko in
Premier League

Erling Haaland menambah dua lagi gol dalam usahanya mengejar Kasut Emas di Premier League.

Penyerang Norway itu telah menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan liga berturut-turut di tempat sendiri termasuklah tiga hatrik.

Dia menjaringkan gol pembukaan di Stadium Etihad ketika Manchester City berdepan Brighton & Hove Albion, sebelum menambah gol kedua menerusi sepakan penalti.

Pemain berusia 22 tahun itu kini menjaringkan 17 gol liga selepas hanya 11 perlawanan dimainkan.

Harry Kane ditinggalkan jauh yang berada di tempat kedua untuk Kasut Emas dengan perbezaan 8 gol.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu menduduki tangga kedua dalam carta liga di bawah Arsenal.

Mereka sedikit ketinggalan kepada Liverpool menjelang pertembungan semalam, tetapi gol daripada Haaland dan Kevin De Bruyne memastikan tiga mata bermakna.

Citizens akan berkunjung ke Leicester City di Stadium King Power Sabtu depan, di mana The Foxes kini berada dalam zon penyingkiran.

Share Post:

Related Posts