
Erling Haaland telah diejek oleh beberapa peminat Norway.
Ramai yang menjangkakan bintang Manchester City itu mampu membuka tirai jaringan dalam tugasan skuad kebangsaan.
Ramalan itu terbukti benar apabila dia menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama menentang Scotland.
Pemenang treble itu dipuji kerana mampu melakarkan kemenangan Kumpulan A dalam kelayakan Euro 2024.
Malangnya, kebangkitan semula yang sangat lewat daripada Lyndon Dykes dan Kenny McLean menyaksikan Scotland memperoleh ketiga-tiga mata.
Selepas kekalahan tipis itu, beberapa peminat cilik Norway menunggu untuk bertemu idola di hadapan bas pasukan.
Haaland memilih untuk berjalan terus menuju ke dalam bas sambil melambaikan tangannya.
Dari situlah mereka mula melaungkan boo kerana jelas kecewa dengan tindakan penyerang tinggi lampai yang langsung tidak menghargai kedatangan mereka.