by klasikko in
Premier League

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag percaya ancaman Marcus Rashford dari segi serangan adalah setanding dengan Kylian Mbappe.

Kedua-dua pemain itu bersemuka ketika Perancis menentang England pada suku akhir Piala Dunia.

Meskipun Rashford ataupun Mbappe tidak menjaringkan gol pada malam itu, masing-masing sudah menyumbat gol penting untuk pasukan kebangsaan mereka sepanjang kejohanan.

Rashford menjaringkan tiga gol untuk England, manakala Mbappe telah mencetak lima dan berpeluang menambahnya ketika Les Bleus menentang Maghribi pada saingan separuh akhir.

Pemain Inggeris itu telah dikaitkan dengan Paris Saint-Germai selepas komen oleh presiden Nasser Al-Khelaifi yang mengakui kelab itu berminat untuk mendapatkan Rashford secara percuma.

Bagaimanapun, Ten Hag telah memastikan perkara itu tidak akan berlaku sekurang-kurangnya setahun lagi.

Walaupun kontrak Rashford tamat pada musim panas 2023, United boleh melanjutkan kontrak dan mengekalkannya di Old Trafford sehingga 2024.

Jurulatih dari Belanda itu memuji produk akademi Red Devils itu: “Dari saat pertama, saya mengenali potensi yang besar.

“Apabila Marcus berada di belakang barisan pertahanan, hampir tiada pemain yang lebih baik di dunia. Susah benar untuk menghalang dia.

“Dengan kewujudan Mbappe pada masa ini. Apabila dia (Rashford) mendapat kedudukan itu, dia hebat dan dia benar-benar meningkat.”

Share Post:

Related Posts