
Pengurus bawah 21 tahun Portugal, Rui Jorge mendedahkan mengapa bintang muda Liverpool iaitu Fabio Carvalho memutuskan untuk menarik diri daripada tugasan antarabangsa.
Jika dakwaan Jorge benar, ia tidak memberi gambaran yang positif tentang diri Carvalho.
Pemain muda The Reds itu dikatakan menghantar mesej teks yang biadap untuk menyatakan bahawa bermain di peringkat bawah 21 tahun tidak memberi manfaat kepadanya.
Menurut Daily Mirror, situasi seperti ini boleh mempengaruhi pemain berbakat berusia 20 tahun itu memilih untuk bermain untuk England di peringkat senior.
Carvalho dilahirkan di Lisbon tetapi berpindah ke London pada usia muda, jadi dia pernah mewakili Three Lions di peringkat Bawah-16, Bawah-17, dan Bawah-18.
Dia kemudiannya beralih bermain untuk pasukan Bawah-21 Portugal.
Bagaimanapun, masa depannya masih belum jelas bersama skuad kebangsaan Portugal selepas sikap tidak profesional ini.
Membincangkan situasi dengan Carvalho, Jorge mendedahkan teks mesejnya: “Berada bersama (pasukan) bawah 21 tahun tidak lagi membawa apa-apa faedah.
“Saya tahu kami dari generasi yang berbeza, tetapi saya fikir dia akan menelefon dan kami berdua boleh berbincang.
“Saya berusaha untuk memberitahu semua pemain bahawa saya memilih sesiapa sahaja yang benar-benar mahu berada di sini.”