by klasikko in
Premier League

Hatem Ben Arfa adalah salah seorang pemain yang paling digeruni di Premier League pada satu ketika dahulu.

Ben Arfa membiasakan diri menghukum pertahanan lawan dengan gayanya yang cukup luar biasa.

Ada kalanya, bola seolah-olah melekat pada kakinya dan zaman kegemilangannya bersama Newcastle United benar-benar membuatkan peminat menganggap beliau boleh pergi lebih jauh.

Malangnya, kerjaya Ben Arfa bergerak dengan sangat perlahan sehinggakan namanya jarang disebut di bibir orang ramai.

Pemain yang kini berusia 35 tahun itu tidak pernah berjaya mencapai tahap yang dijanjikan dalam karier awalnya.

Kini ejennya telah bersuara tentang tanggapan beliau adalah Ben Arfa adalah salah satu pembaziran terbesar dalam bola sepak.

Bercakap kepada RMC Sport, Frederic Guerra mengakui:

“Ia adalah perkara psikologi dari zaman kanak-kanaknya. Dia adalah raja segala raja.

“Dia selalu dipuji, tetapi tidak pernah disuruh untuk berusaha keras.

“Saya yakin bahawa saya mempunyai seorang pemain yang, jika kami berusaha mengikut fikirannya, akan memenangi Ballon d’Or. Dia begitu berbakat. Ia satu pembaziran yang besar – mungkin pembaziran terbesar dalam bola sepak abad ke-21.

“Ramai pemain telah dipupuk lebih awal untuk menjadikan mereka supaya lebih berjaya.

“Cristiano Ronaldo adalah contoh pemain yang kuat berusaha, Karim Benzema juga mengambil jalan yang sama.

“Ia memerlukan kerja keras kerana bakat tidak mencukupi.

“Tetapi mentornya, Michel Ouazine (penasihat dan wakil) memberitahunya bahawa bakat sudah memadai.”

Apabila memikirkan semula apa yang Ben Arfa telah pelajari sebelum ini, ia amat merisaukan.

Tetapi, sudah pasti ramai yang masih ingat dengan gol menakjubkannya menentang Bolton pada 10 tahun lalu.

Orang di sekeliling Ben Arfa perlu dipersalahkan kerana sering mengendahkan usaha kerja keras yang diperlukan untuk membentuknya.

“Saya masih ingat suatu ketika di Marseille, Didier Deschamps telah meletakkannya di bangku simpanan,” sambung Guerre.

“Michel memberitahu saya: ‘Dia meletakkannya di bangku simpanan kerana dia tidak tahu bertahan.

“Tetapi kita tidak sepatutnya meminta bakal pemenang Ballon d’Or bermain sebagai pertahanan!’

“Dia berkata begitu di hadapan Ben Arfa… Itu tidak membantu seorang budak lelaki untuk membesar.

“Hatem berusia 35 tahun sekarang, tetapi dia masih lagi berumur 17 tahun sepanjang hidupnya. Dia masih seorang kanak-kanak.

Share Post:

Related Posts