
Bintang Real Madrid, Eden Hazard dengan soalan mengenai berat badannya semasa sidang media di Piala Dunia.
Pemain Belgium itu melalui karier yang hebat, tetapi sudah lama kita tidak melihat tahap terbaiknya untuk kelab ataupun negara.
Namun, seorang wartawan mengupas isu luar dari bola sepak dengan mengaitkan penambahan berat badan Hazard.
Ia membuatkan bekas bintang Chelsea itu tidak berpuas hati dengannya, menurut Nieuwsblad.
Wartawan itu bertanya kepada Hazard: “Saya perasan berat badan kamu semakin bertambah…”
Penyerang berusia 31 tahun itu menjawab: “Tidak banyak yang saya boleh perkatakan tentang itu kerana ia tidak benar.
“Saya akan lakukan apa sahaja untuk bersedia.”
Hazard masih boleh memainkan peranan penting pada Piala Dunia kali ini, tetapi tidak syak lagi dia perlu meningkatkan prestasinya untuk mendapat impak yang biasa kita lihat daripadanya.
Pemain sayap Belgium itu sangat menghiburkan untuk ditonton ketika berada di Premier League.
Ia adalah sesuatu yang baik untuk melihat dia menghasilkan beberapa persembahan menarik dalam sekurang-kurangnya satu lagi kejohanan antarabangsa utama.