
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag pasti menggaru kepala untuk memilih barisan serangan untuk pertembungan Manchester Derby menentang Manchester City pada hujung minggu ini.
Red Devils kini berdepan krisis untuk perlawanan penting tanpa Marcus Rashford dan Anthony Martial yang kedua-duanya diragui ketika berkunjung ke Stadium Etihad, menurut Times.
Ia masih menjadi tanda tanya sama ada kedua-dua pemain itu akan pulih, jika tidak Ten Hag berada dalam situasi yang getir untuk menempuhi permainan yang sukar.
Rashford berada dalam prestasi yang bagus baru-baru ini sejak menggantikan Cristiano Ronaldo sebagai penyerang utama Man Utd, tetapi pemain veteran Portugal itu perlu kembali ke kesebelasan utama.
United telahpun menerima tamparan hebat terhadap Harry Maguire yang kelihatan sungguh mustahil untuk membarisi kebelasan utama kerana kecederaan otot menurut Daily Star.
Walaupun kita tahu dia sering dipinggarkan sejak kemunculan Raphael Varane dan Lisandro Martinez yang bergandingan mantap di bek tengah.
Kehilangan Rashford untuk perlawanan ini pastinya akan menjadi kehilangan terbesar buat kem United.
Pemain England itu cenderung untuk mencurahkan segalanya dalam perlawanan besar dan mempunyai rekod jaringan yang baik menentang City.