by klasikko in
Piala Dunia

Perlawanan akhir Piala Dunia berlangsung beberapa jam saja lagi.

Pentas sebesar ini akan menampilkan dua kuasa besar bola sepak.

Argentina yang diketuai oleh Lionel Messi yang luar biasa mengatasi permulaan sukar dalam kejohanan untuk mara ke final.

Mereka akan menentang juara bertahan, Perancis.

Les Bleus telah mengagumkan di Qatar setelah menewaskan pasukan seperti England dan Maghribi dalam perjalanan ke final.

Argentina akan berusaha untuk memenangi kejuaraan Piala Dunia ketiga mereka di Qatar.

Tetapi mereka perlu menentang ‘Sumpahan Drake’ yang terkenal sekiranya mereka muncul sebagai pemenang.

Bagi yang belum pernah mendengar lagi tentang ‘Sumpahan Drake’, ia agak mudah.

Bermula pada hujung tahun 2018, Drake seolah-olah menjadi badi mana-mana pasukan yang dia sokong secara terbuka atau atlet yang dia bergambar dengannya.

Seorang demi seorang atlet disumpah dengan keputusan yang buruk sejurus selepas bergambar dengan penyanyi rap dari Kanada itu.

‘Sumpahan Drake’ juga tidak terlepas kepada pasukan atau pemain yang dia pertaruhkan.

Contoh terbaru pasukan yang menjadi mangsa ‘Sumpahan Drake’ adalah pada bulan Oktober apabila dia meletakkan pertaruhan besar-besaran ke atas Barcelona untuk menewaskan Real Madrid dalam El Clasico.

Dia kini telah berkongsi sokongannya untuk Argentina di media sosial menjelang perlawanan akhir Piala Dunia.

Sebuah video telah tersebar tentang Drake menyatakan kepercayaannya bahawa Argentina akan memenangi perlawanan tersebut.

Kini, Drake mendedahkan dia telah meletakkan pertaruhan besar $1 juta ke atas Argentina untuk menewaskan Perancis.

Sekiranya La Albiceleste juara dunia, dia akan memenangi $2.75 juta.

Terdapat beberapa contoh pemain atau pasukan yang menentang ‘Sumpahan Drake’ yang terkenal dan muncul sebagai pemenang, tetapi tidak banyak yang berjaya.

Argentina berharap mereka dapat mengatasi sumpahan itu ketika mereka mencari gelaran Piala Dunia ketiga.

Lionel Messi sudah pasti akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan penampilan terakhirnya dalam kejohanan paling berprestij bola sepak berakhir dengan kemenangan.

Share Post:

Related Posts