by klasikko in
Moment

Walaupun kuasa untuk membiarkan pemain meninggalkan Arsenal terletak di tangan Arsene Wenger, bekas bos Gunners itu melakukan beberapa kesilapan menjelang tempoh terakhir pemerintahannya.

Wenger membuat beberapa pembelian yang dipersoalkan sebelum meninggalkan kelab pada 2018 dan juga menjual pemain yang sepatutnya disimpan di Emirates.

Berikut adalah 10 pemain terakhir yang dijual oleh pengurus legenda Perancis itu dan bagaimana nasib mereka selepas meninggalkan utara London.

10. Wellington Silva

Selepas berulang kali dipinjamkan, Silva kembali ke negara asalnya Brazil bersama Fluminense pada 2016 tanpa pernah turun dalam penampilan kompetitif untuk Arsenal.

Gunners mengaktifkan klausa pembeliannya sebelum menjual kepada Bordeaux untuk keuntungan kecil pada 2017, tetapi perjanjian itu tidak kesampaian kerana gagal ujian perubatan.

Dia akhirnya kekal bersama Fluminense dan membuat penampilan ke-100 untuk kelab itu pada Ogos 2020 serta sempat menghabiskan saty musim secara pinjaman dengan Internacional, sebelum berpindah secara kekal ke Gamba Osaka pada 2021.

9. Kieran Gibbs

Gibbs sering muncul dalam senarai kesebelasan utama Arsenal sebelum menyertai West Brom pada 2017 selepas dipinggirkan kerana kehadiran Nacho Monreal dan Sead Kolasinac.

Bek kiri itu kemudian membantu Baggies kembali naik ke Premier League pada 2019/2020 tetapi bergelut dengan kecederaan semasa penyingkiran musim lalu.

Selepas kontraknya tamat di Hawthorns, dia menyertai Inter Miami di bawah payung Phil Neville.

8. Serge Gnabry

Arsenal pasti menyesal melepaskan dia pergi.

Selepas perpindahan pinjaman yang gagal ke West Brom, Gnabry menyertai Werder Bremen secara kekal pada 2016 sebelum bergabung dengan Bayern Munich setahun kemudian.

“Kami telah menyediakan kontrak lanjutan baru, tetapi tiba-tiba dia mahu pergi ke Werder Bremen,” kata Wenger kepada beIN Sports pada Februari 2020.

“Bukan Werder Bremen yang membelinya, tetapi Munich yang membelinya.

“Kerana enam bulan atau kurang dari setahun kemudian dia berpindah dari Bremen ke Bayern tetapi perjanjian itu telah selesai sebelum ini.

“Dia berada di penghujung kontraknya dan kami fikir dia akan kekal kerana dia memberitahu dia akan kekal.”

Pemain berusia 26 tahun itu telah berkembang menjadi salah seorang pemain sayap terbaik di dunia.

Gnabry membantu pasukan Bundesliga itu melengkapkan musim memenangi treble pada 2019-20 dan menjadikannya 10 gelaran Bundesliga berturut-turut sejak itu.

Kontraknya di Bavaria menghampiri tahun terakhir dan dia telah dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Emirates.

7. Gabriel Paulista

Seorang lagi bek tengah Brazil yang diberi nama Gabriel.

Paulista berebut minit permainan bersama Laurent Koscielny dan Per Mertesacker sebelum melengkapkan perpindahan tetap ke Valencia pada musim panas 2017.

Pertahanan itu menemui semula prestasi terbaiknya di Mestalla dan sejak itu telah dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Premier League.

6. Wojciech Szczesny

Selepas membuat 181 penampilan untuk Arsenal dalam semua pertandingan, beberapa siri kesilapan menyaksikan Szczesny hilang kepercayaan Wenger.

Penjaga gol itu menyertai Juventus secara kontrak tetap pada 2017, menggantikan Gianluigi Buffon sebagai pemain No.1 kelab.

Di Turin, dia memenangi tiga kejuaraan Serie A berturut-turut sebelum bergelut baru-baru ini.

Mungkin dalam pandangan Wenger, dia tidak menyangka bekas anak didiknya berjaya seperti itu.

5. Alex Oxlade-Chamberlain

Kerjaya Arsenal Oxlade-Chamberlain telah terhenti menjelang 2017 dan pemain tengah itu memilih cabaran baharu dengan menyertai Liverpool dalam perjanjian £35 juta.

“Saya ingin berterima kasih kepada penyokong Arsenal yang sentiasa menyokong saya,” kata Oxlade-Chamberlain kepada The Times pada 2017.

“Tetapi saya tidak boleh memohon maaf atas keputusan saya untuk pergi. Saya mahu mendapatkan lebih daripada diri saya sendiri.

“Saya merasakan perkara utama ialah membawa diri saya keluar dari zon selesa saya. Itulah sebabnya Liverpool memanggil saya.”

Chamberlain pulih daripada kecederaan ligamen yang serius untuk membantu Liverpool memenangi kejuaraan liga pertama mereka.

Ia juga mengakhiri penantian 30 tahun The Reds untuk mendakap trofi EPL pada 2019-20, tetapi hanya memainkan peranan sampingan.

Dia tidak melakukan sebarang aksi selama 90 minit dalam perlawanan liga sejak 2018.

Sementara Oxlade-Chamberlain mempamerkan beberapa persembahan mantap pada 2021-22, dia sekali lagi menjadi pemain yang jarang dipercayai Jurgen Klopp.

Mungkin penghijrahan adalah yang terbaik untuk semua pihak pada ketika ini.

4. Francis Coquelin

Coquelin bergelut untuk membuktikan dirinya sebagai ahli utama pasukan utama di Emirates.

Tetapi berbeza pula di Valencia, dia dengan pantas menjadi tonggak utama dalam skuad.

Dia membuat 89 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan La Liga itu, membantu mereka menewaskan Barcelona dalam final Copa del Rey pada 2019.

Pemain tengah itu kemudiannya melengkapkan perpindahan tetap ke seteru tempatan, Villarreal pada 2020.

Kini bermain di bawah bekas jurulatih Arsenal, Unai Emery yang menjadi watak penting mereka ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

3. Theo Walcott

Selepas menghabiskan 12 tahun di Emirates, Walcott memutuskan untuk berpindah ke Everton pada Januari 2018 demi menembusi skuad utama.

Pemain berusia 33 tahun itu kini kembali ke kelab asalnya, Southampton walaupun jarang diturunkan.

Dia langsung tidak menerjah jaring mahupun mencipta bantuan untuk The Saints musim lalu.

2. Alexis Sanchez

Sanchez enggan menandatangani kontrak baharu di Arsenal sebelum menyertai Manchester United dalam perjanjian pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan.

Walaupun tiba dengan harapan yang tinggi, dia gagal menyajikan persembahan di Old Trafford hanya menjaringkan 5 gol dalam 45 penampilan dalam semua pertandingan.

United sangat terdesak untuk mengurangkan gajinya sehingga membenarkan pemain antarabangsa Chile itu menyertai Inter Milan secara percuma pada 2020.

Ia kelihatan semakin tidak mungkin untuk kembali ke tahap terbaiknya, tetapi Sanchez adalah pemain skuad yang berguna untuk Antonio Conte ketika Inter memenangi Scudetto pada 2020-21.

Dia kini dianggap sebagai beban di San Siro dan boleh beredar bila-bila masa pada musim panas ini.

1.Olivier Giroud

Giroud tidak lagi menjadi keutamaan Wenger sejurus ketibaan Pierre-Emerick Aubameyang di Emirates pada Januari 2018.

Penyerang itu dijual kepada Chelsea dalam perjanjian £12 juta dan kembali menghantui bekas kelabnya 18 bulan kemudian.

Giroud menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan akhir Liga Europa 2019.

Dia kekal sebagai pemain terpinggir di Stamford Bridge sehingga musim panas 2021 setelah menjaringkan 39 gol yang dalam 119 penampilan (sebahagian besarnya datang dari bangku simpanan).

Pemain berusia 35 tahun itu kini beralih ke AC Milan, kelihatan lebih bertenaga berbanding Zlatan Ibrahimovic yang berusia 40 tahun.

Di Milan, Giroud menjaringkan 11 gol Serie A ketika mereka memenangi Scudetto musim lalu iaitu kali pertama dia memenangi kejuaraan liga sejak kemenangan mengejutkan Montpellier Ligue 1 sedekad lalu.

Share Post:

Related Posts