by Azhan Mohi in
Premier League

Arsenal sekali lagi memastikan North London menjadi berwarna merah apabila mereka menewaskan musuh tradisi, Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-0 di laman lawan.

Gol sendiri dari Hugo Lloris dan rembatan luar kotak Martin Ødegaard memastikan Arsenal meraih tiga mata sekaligus mendahului liga dengan kelebihan lapan mata.

Namun insiden tidak diingini berlaku dihujung perlawanan apabila Aaron Ramsdale kelihatan seperti ditendang oleh seorang penyokong Tottenham yang menerjah masuk padang dari tempat duduk.

Ia berlaku selepas sedikit pergaduhan mulut antara Ramsdale dan Richarlison yang kemudiannya disambut oleh penyokong tuan rumah.

Mujur ia hanya perlahan dan keadaan dapat ditenangkan selepas itu. Mungkin FA sepatutnya lebih melindungi pemain mereka selepas ini.

Share Post:

Related Posts