
Pengurus Perancis, Didier Deschamps telah menjelaskan keputusannya untuk tidak memanggil pemain lain untuk menyertai skuad Piala Dunia 2022.
Walaupun Les Bleus digemparkan dengan kecederaan penyerang Real Madrid, Karim Benzema.
Benzema kini akan terlepas kejohanan kerana kecederaan paha, ia satu tamparan hebat untuk pemain berbakat yang menikmati tahun di mana dia memenangi Liga Juara-Juara dan Ballon d’Or.
Namun, Deschamps cukup gembira dengan pemain yang dimilikinya seperti Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Olivier Giroud dan Antoine Griezmann.
Jurulatih Perancis itu nampak yakin dan gembira dengan keseimbangan dalam kumpulan pemain ketika ini.
Seperti yang dilaporkan oleh Mirror, penyerang Manchester United, Anthony Martial pastinya kecewa tidak dipanggil untuk ke Qatar.
Pemain Red Devils itu tidak menunjukkan prestasi terbaiknya di peringkat kelab untuk beberapa waktu, tetapi dia kekal sebagai penyerang berbakat semulajadi yang pastinya boleh membantu skuad kebangsaan Perancis.
Seperti yang dinyatakan oleh Mirror, Deschamps sebelum ini telah mengkritik Martial, mengatakan dia “kurang dalam penyudah”.