by klasikko in
MLS Premier League

Matt Turner beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk New England Revolution, semalam.

Penjaga gol Amerika Syarikat itu akan menyertai kelab yang diminati sejak kecil, Arsenal pada 1 Julai yang bernilai $10 juta.

Perlawanan terakhirnya untuk The Revs berakhir dengan kemenangan apabila mereka menumbangkan Minnesota United 2-1 dalam saingan Major League Soccer.

Selepas perlawanan terakhirnya untuk kelab, Turner sempat melayan karenah peminat yang hadir ke Stadium Gillette dengan meminta autograf di atas baju.

Turner tidak sempat menandatangani kesemuanya.

Tiba-tiba, seorang peminat berbaju Tottenham Hotspur memintanya menandatangani jersi.

Malangnya, selepas melihat baju peminat tersebut, beliau memutuskan untuk menolak pelawaannya.

“Oh tidak. Itu menjijikkan. Itu menjijikkan”, kedengaran Turner berkata.

Selepas penyokong itu cuba memberi alasan kepadanya, Turner mengulangi: “Ia menjijikkan”.

Meskipun belum lagi bermain untuk kelab itu, tetapi tindakannya sudah pasti akan memikat hati penyokong Arsenal.

Aaron Ramsdale adalah salah seorang penjaga gol terbaik di Premier League pada musim 2021/22.

Tetapi Turner telah berjanji untuk melakukan semua yang termampu untuk menjadi penjaga gol pilihan utama Arsenal.

Ditanya mengenai pendapat tentang pemain sandaran di Stadium Emirates, Turner menjawab: “Saya dapat melihat mengapa mereka menilai seperti itu.

“Aaron (Ramsdale) mempunyai musim yang menakjubkan untuk Arsenal dan bermain dengan baik sepanjang tahun.

“Saya menyokongnya buat masa ini.

“Saya datang untuk memaksanya dan menjadi penjaga gol terbaik, di samping menjadikannya penjaga gol terbaik.

“Itulah matlamat saya untuk semuanya.”

Turner berharap agar dapat menikmati kejayaan besar semasa berkhidmat di London Utara nanti.

Pemain berusia 27 tahun itu akui: “Saya mempunyai harapan yang tinggi, ini adalah kelab yang melabur banyak dalam beberapa perpindahan pemain.

“Saya adalah seseorang yang mahu menang. Saya tahu peminat juga begitu. Jangkaan saya sama seperti yang peminat mahukan.”

Share Post:

Related Posts