by klasikko in
FA Cup

Declan Rice bergembira menyaksikan anak-anak muda West Ham mudah menjinakkan Arsenal dalam perlawanan akhir Piala Belia FA semalam.

Kapten The Hammers itu menyertai keraian di bilik persalinan Emirates.

Rice telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal menjelang jendela perpindahan musim panas, berada di stadium Gunners untuk menonton perlawanan akhir Piala Belia FA.

Dia jelas teruja melihat pasukannya membelasah bintang remaja Arsenal 5-1 serta menulis tweet selepas perlawanan: “Luar biasa (pasukan) B18! Juara piala remaja!”

Pemain berusia 24 tahun itu telah berada di West Ham selama 10 tahun dan merupakan produk akademi terakhir yang benar-benar menjadi bintang global.

Tetapi dia mungkin tidak lama lagi akan disertai dengan sekumpulan anak-anak muda West Ham selepas mereka membenam pasukan remaja berbakat Arsenal untuk menjulang Piala Belia FA.

Ia adalah kali pertama West Ham memenangi pertandingan yang diidam-idamkan sejak 1999, apabila Michael Carrick dan Joe Cole muncul bersama pasukan muda The Hammers.

Rice menunjukkan kesetiaannya ketika dia meraikan bersama anak-anak muda West Ham selepas perlawanan.

Pemain tengah muda West Ham, Patrick Kelly menyiarkan video pendek di media sosial yang menunjukkan Rice menyertai sambutan dengan kumpulan itu menari dan menyanyi bersama-sama.

Share Post:

Related Posts