by klasikko in
Premier League

Penjaga gol Nottingham Forest, Dean Henderson telah mendedahkan tingkah laku buruk yang digambarkan pihak pengurusan Manchester United musim lalu.

Dia hanyalah menjadi sandaran kepada David de Gea, walaupun dijanjikan jersi Nombor 1 oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Henderson debut-sebut sebagai salah seorang penjaga gawang muda terbaik di England selepas dua musim cemerlang dipinjamkan ke Sheffield United.

Dia terus mencabar hebat De Gea untuk mengawal rapi benteng terakhir utama United.

Selepas beberapa siri penampilan untuk Red Devils pada musim 2020/21, ramai yang menyangka Henderson akan mengambil alih sarung tangan pemain Sepanyol itu pada musim berikutnya.

Namun di sebalik musim terburuk Red Devils di Premier League, Henderson hanya membuat tiga penampilan dalam semua kejohanan di bawah kendalian Solskjaer dan Ralf Rangnick.

Dia menyifatkan pengurusan United sebagai ‘penjenayah’ apabila dipinjamkan ke Nottingham Forest yang baru dinaikkan ke EPL pada musim panas ini.

“Saya tidak mahu pengurus (Erik ten Hag) dapat melihat saya dalam latihan.

“Saya tahu dia mungkin mahu mengekalkan saya, jadi saya cuba melakukan semuanya sebelum saya pergi untuk musim ini.

“Saya memberitahu semua hierarki yang saya perlu bermain bola sepak, saya tidak mahu berada di sini bermain sebagai penjaga gol kedua,” kata Henderson.

“Semuanya telah dirancang. Saya hampir pergi sebelum pengurus tiba dan saya tidak bercakap dengannya sejak itu.

“Sejujurnya, ia mungkin merupakan 12 bulan paling sukar dalam kerjaya saya.

“Ia agak berat dan saya sangat gembira kerana saya telah berjaya mengatasinya. Saya sangat teruja untuk berada di sini dan bersedia untuk lebih maju.

Share Post:

Related Posts