by Azhan Mohi in
Premier League

David Silva percaya hanya Arsenal yang mampu mencabar Manchester City untuk kejuaraan Premier League musim ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta merupakan pesaing terdekat City musim lalu tetapi penghujung kempen yang buruk menyaksikan mereka menamatkan saingan lima mata di belakang anak buah Pep Guardiola, yang seterusnya melengkapkan treble.

Manchester United menduduki tempat ketiga musim lalu tetapi telah mengalami permulaan yang bercampur-campur, manakala Newcastle United yang mengesahkan tempat terakhir Liga Juara-Juara musim lalu kini telah memulakan kempen ini dengan tiga kekalahan daripada empat perlawanan pembukaan mereka.

Sementara itu, Arsenal telah mencatatkan tiga kemenangan setakat ini dan selepas memperkukuhkan bahagian tengah dengan menandatangani Declan Rice, Silva percaya pasukan Arteta akan mencabar City sekali lagi musim ini.

“Mereka [City] mempunyai pasukan yang menakjubkan dengan beberapa pemain yang hebat,” Silva memberitahu The Mirror.

“Ini adalah musim kelapan Pep di City. Tahun pertama dia membiasakan diri dengan Premier League, tetapi kini hampir tidak dapat dihalang.

”Arsenal adalah satu-satunya pasukan yang saya boleh lihat yang mungkin mempunyai peluang untuk mencabar City. Selebihnya? Saya tidak fikir mereka boleh.

“Saya menonton hampir semua perlawanan City dalam Liga Juara-Juara musim lalu, saya tidak boleh memenanginya ketika berada di sana, tetapi saya sangat gembira untuk kelab yang akhirnya mereka dapat melakukannya.

‘‘Mereka layak menerimanya. Kelab berhak mendapatnya, penyokong layak memenangi Liga, Liga Juara-Juara dan Piala FA – Treble. Ia satu pencapaian yang menakjubkan.”

Share Post:

Related Posts