by klasikko in
Premier League

Conor Gallagher mencipta sepakan panenka terteruk apabila Chelsea ditewaskan dalam penentuan sepakan penalti oleh kelab Major League Soccer, Charlotte FC.

Christian Pulisic memberikan Chelsea gol pendahuluan pada minit ke-30 di Stadium Venue Bank of America, Carolina Utara.

Tetapi Charlotte FC yang hanya ditubuhkan pada Disember 2019 diberi peluang untuk menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir permainan.

Kesilapan Trevoh Chalobah dihukum kerana menghalang bola menggunakan tangannya.

Daniel Rios dengan tenang merembat bola melepasi gawang Edouard Mendy dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Mendy juga gagal menghentikan mana-mana daripada lima penalti Charlotte dalam penentuan sepakan itu.

Kai Havertz, Ben Chilwell dan Raheem Sterling semuanya menjaringkan sepakan penalti untuk Chelsea, tetapi Gallagher mengalami mimpi buruk dari jarak 12 ela.

Pemain kebangsaan England itu cuba melakukan teknik berlainan iaitu Panenka tetapi malangnya serba tidak menjadi.

Penjaga gol Charlotte FC, Pablo Sisniega hanya berdiri di atas garisan menunggu bola ke dakapannya.

Thomas Tuchel agak sedikit lega kerana ini berlaku dalam perlawanan persahabatan pra-musim dan bukannya sebuah perlawanan kompetitif.

Hakikatnya, insiden seperti itu tidak boleh terjadi dan tidak sesuai dengan gaya permainan The Blues.

Malah, perlawanan seperti itu Chelsea boleh menang dengan selesa.

The Blues akan bertemu Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim seterusnya, diikuti dengan perlawanan menentang Udinese di Itali pada 29 Julai.

Pasukan Tuchel kemudian memulakan musim Premier League 2022-23 dengan kunjungan ke Everton di bawah pimpinan Frank Lampard pada 6 Ogos.

Gallagher mempamerkan aksi cemerlang semasa tempoh pinjamannya bersama Crystal Palace musim lalu.

Dia dijangka menjadi pemain utama di Stamford Bridge musim ini, tetapi perlu bangkit selepas penalti memalukan itu.

Share Post:

Related Posts