
Cristiano Ronaldo tidak mampu menghalang Manchester United daripada dimalukan oleh Brentford dalam pertembungan Premier League semalam.
Selepas tewas 2-1 kepada Brighton di Old Trafford minggu lalu, Red Devils memasuki perlawanan itu dan memburukkan lagi keadaan pada musim ini.
Ronaldo membuat permulaan pertama musim ini di Stadium Komuniti Gtech.
Tetapi dia tidak dapat menghalang United daripada mengalami kekalahan memalukan.
Brentford menundukkan United dalam babak pertama yang luar biasa.
Josh Dasilva memecah kebuntuan pada minit ke-13 dengan melakukan percubaan dari luar kotak penalti dan rembatannya gagal ditahan kemas David de Gea dan masuk ke dalam jaring.
Ia adalah kesilapan sukar diterima oleh pemain nombor satu United.
Jaringan tambahan dari Mathias Jansen, Ben Mee dan Bryan Mbeumo memberikan Brentford pendahuluan empat gol selepas hanya 34 minit.
United bertambah baik pada separuh masa kedua tetapi mereka tidak dapat mencari gol saguhati apabila perlawanan berakhir 4-0 kepada Brentford.
Ronaldo difahamkan bengang selepas wisel panjang ditiupkan.
Pemain berusia 37 tahun itu berjalan pantas keluar padang, malah dia langsung tidak mengendahkan permintaan Steve McClaren menghargai sokongan penyokong pihak lawan.
Video peminat tersebar yang merakamkan penyerang lagenda itu meluru ke dalam terowong selepas wisel penamat.
Selepas berbual dengan McClaren, Ronaldo berjalan terus melepasi Erik ten Hag dan menuju ke dalam bilik persalinan.
Masa depan Ronaldo telah menjadi bahan perbincangan utama pada musim panas ini.
Penyerang Portugal itu dikatakan sedang mencari perpindahan keluar dari kelab untuk suasana Liga Juara-Juara.
Dia telah kembali ke skuad United tetapi menghadapi kesukaran pada permulaan musim, dia mungkin akan mencari jalan untuk berhijrah ke kelab lain.
United kini berada di kedudukan tercorot EPL dalam permulaan musim yang hambar.