by klasikko in
Premier League

Cristiano Ronaldo adalah salah seorang daripada 15 pemain yang akan meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.

Selepas musim yang mengecewakan, Erik ten Hag akan menapis skuadnya dan menggugurkan pemain yang kurang berfungsi.

United telahpun membawa masuk Christian Eriksen, Tyrell Malacia, dan Lisandro Martinez sebagai sebahagian daripada projek pembinaan semula.

Kesannya, seramai 15 pemain bakal beredar dari Old Trafford pada musim panas ini.

Menurut Mirror yang telah menyenaraikan beberapa pemain yang mungkin berada di luar pintu pada penghujung jendela perpindahan.

Ronaldo sudah tentu pemain paling berprofil tinggi, dengan bintang Portugal itu ingin meninggalkan Red Devils.

Pemain berusia 37 tahun tersebut masih lagi tidak terlibat dalam aksi pra-musim Manchester United setakat ini.

Pemain berpengalaman seperti Aaron Wan-Bissaka, Phil Jones, dan Eric Bailly berkemungkinan besar akan dibenarkan keluar jika ada tawaran yang menarik.

Shola Shoretire dan Alvaro Fernandez, sama seperti Ronaldo tidak disenaraikan untuk siri jelajah United, dengan kedua-dua pemain menarik minat beberapa kelab untuk dipinjamkan.

Amad Diallo dan Facundo Pellestri tidak mungkin meninggalkan kelab dengan perjanjian tetap, tetapi kedua-duanya baru sahaja kembali daripada perpindahan sementara.

Brandon Williams diberi lampu hijau untuk meninggalkan kelab selepas kembali daripada pinjaman, dengan Teden Mengi, Tahith Chong, dan Ethan Laird semuanya akan mengikut jejaknya.

Tiga pemain yang tinggal adalah Nathan Bishop, Matej Kovar, dan Will Fish.

Selepas gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara serta menamatkan saingan tanpa sebarang trofi musim lalu, Ten Hag akan berada dalam pasaran untuk beberapa pemain.

Dengan saiz skuad yang terhad, secara realitinya beberapa pemain perlu meninggalkan United pada musim panas ini.

Share Post:

Related Posts