
Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte difahamkan agak bengang dengan seorang pemainnya semasa sesi latihan pra-musim yang memenatkan semalam.
Pakar taktikal dari Itali itu menasihati Matt Doherty untuk agar menghantar bola dengan cukup pantas, tetapi dia hanya bersahaja.
Beberapa pemain lain bergelut dengan intensiti sesi latihan dalam keadaan panas di Korea Selatan.
Menurut laporan The Athletic menambah bahawa Bryan Gil tidak berada pada tahap terbaiknya kerana dia terlepas beberapa peluang baik dalam latihan.
Manakala penjaga gol baharu, Fraser Forster kerap menjerit kepada pemain pertahanannya.
Namun, nampaknya Doherty mendapat kritikan daripada Conte yang mengarahkannya untuk menggerakkan bola dengan lebih cepat.
Menarik untuk melihat bagaimana ini akan mempengaruhi permulaan Tottenham pada musim ini.
Conte pasti akan dipuji sebagai seorang yang genius jika keputusannya itu berjalan lancar.
Mungkin tiada lagi peluang kedua buat bekas bos Chelsea dan Inter Milan itu jika pemainnya cepat letih dengan kaedah latihan baru itu.
Secara adil, sesi latihan yang lebih keras diterapkan oleh Conte telah banyak memberi manfaat kepadanya pada masa lalu.
Jurulatih berusia 52 tahun itu memenangi kejuaraan Premier League dan Piala FA semasa berada di Chelsea, serta empat gelaran Serie A semasa mengendalikan Juventus dan Inter.