by klasikko in
Premier League

Chelsea dilaporkan telah membuat pendekatan pertama mereka kepada West Ham United melibatkan Declan Rice.

The Blues telah gagal dalam percubaan pertama mereka dan diberitahu bahawa Rice tidak akan dijual.

Bagaimanapun, ia langsung tidak mematahkan semangat kelab itu yang akan meneruskan perjanjian tersebut.

Kini, butiran telah muncul mengenai dua pemain yang boleh ditawarkan oleh Chelsea untuk membantu perjanjian itu berjalan lancar.

Menurut 90min, Chelsea mungkin kembali dengan perjanjian termasuklah menawarkan Ross Barkley dan Armando Broja.

Rice mempunyai baki dua tahun dalam perjanjian semasanya dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak untuk satu tahun lagi.

Namun, pemain England itu telah menolak beberapa tawaran baharu yang akan menjadikannya pemain West Ham menerima gaji paling tinggi.

Sungguhpun begitu, The Hammers berpegang teguh pada tuntutan £150 juta mereka.

Memandangkan betapa pentingnya Rice kepada skuad musim lalu, adalah jelas untuk mengetahui sebabnya.

Pemain berusia 23 tahun berkenaan turun dalam 36 daripada 38 perlawanan Premier League dan merupakan tulang belakang West Ham dalam Liga Persidangan Europa musim depan.

Rice juga banyak berjasa buat pasukan David Moyes yang mara ke separuh akhir Liga Europa musim lalu.

Akan tengah, pemain itu enggan melanjutkan perjanjiannya sera West Ham mungkin perlu menerima bayaran pada beberapa peringkat musim panas ini.

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly sangat berminat dengan Rice dan dialah yang mengarahkan kelab untuk menghubungi West ham berkait rundingan itu.

Mustahil bagi Chelsea untuk membayar yuran semahal £150 juta demi beliau seorang.

Dengan dua pemain ditawarkan sebagai pertukaran, perjanjian itu menjadi lebih realistik.

Ross Barkley telah bersama Chelsea sejak 2018 apabila beliau menyertai dengan harga £15 juta dari Everton.

Malangnya beliau bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Stamford Bridge, hanya membuat enam penampilan liga musim lalu.

Manakala, Broja menikmati kejayaan pada separuh musim ini secara pinjaman dengan Southampton.

Dalam 32 penampilan liga, beliau menjaringkan enam gol, dan kini akan kembali ke pangkuan Chelsea.

Sama ada West Ham berminat dengan kedua-dua pemain yang terlibat masih belum diketahui.

Apa yang boleh pasti adalah Chelsea sedang meningkatkan minat mereka yang penuh dengan spekulasi perpindahan Rice.

Share Post:

Related Posts