
Chelsea telah membuat pendekatan rasmi untuk pengurus Brighton, Graham Potter dan bekas jurulatih PSG, Mauricio Pochettino.
Thomas Tuchel dipecat sebagai pengurus Chelsea susulan kekalahan kepada Dinamo Zagreb dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Selepas menjuarai UCL, keputusan untuk memecatnya dianggap sebagai terburu-buru.
Tetapi selepas permulaan musim yang mengecewakan, Todd Boehly terpaksa berpisah dengan pengurus Jerman itu.
Menurut Daily Mail, Chelsea kini telah memulakan proses menilai sama ada Potter atau Pochettino akan mengambil alih tugas Tuchel.
Pochettino masih bebas daripada sebarang jawatan selepas meninggalkan PSG tahun ini.
Jadi, langkah untuk membawanya ke Stamford Bridge mungkin akan menjadi jauh lebih rumit daripada membawa masuk Potter.
Potter masih terikat dengan kontraknya di Brighton, tetapi Potter dilaporkan lebih terbuka untuk meninggalkan kelab itu untuk pasukan yang bersaing dalam saingan eropah.
Zinedine Zidane juga dilaporkan berada dalam senarai Chelsea, tetapi Potter dan Pochettino mendahului perlumbaan seperti sedia ada.