
Chelsea terdesak untuk menandatangani penyerang baharu sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup beberapa jam sahaja lagi.
Walaupun The Blues mendahului perlawanan awal menentang Southampton, The Saints melakukan kebangkitan untuk mencuri semua mata.
Selepas mengharungi permulaan yang buruk dan hanya memenangi dua daripada lima perlawanan pertama mereka, pasukan Thomas Tuchel kini menduduki tangga kelapan dalam carta Premier League.
Ia jauh di tempat yang mereka mahukan selepas membelanjakan lebih £150 juta untuk lima pemain senior baharu, termasuklah membawa masuk Raheem Sterling dari Manchester City.
Bagaimanapun, selepas membenarkan Romelu Lukaku menyertai semula Inter Milan dan menjual Timo Werner kembali kepada RB Leipzig lebih awal.
Pemilik baharu, Todd Boehly dipercayai bekerja keras cuba memikat bekas pemain Arsenal iaitu Pierre-Emerick Aubameyang kembali ke London.
Kegagalan mencapai persetujuan dengan Barcelona untuk penyerang Gabon itu akan menjadi malapetaka bagi gergasi Premier League itu.
Menurut wartawan Ben Jacobs, The Blues boleh menawarkan penyerang pada peringkat tinggi lain sebelum jendela ditutup hujung minggu ini.
“Ia tidak akan mengejutkan saya, sekiranya Aubameyang tidak kunjung tiba.
“Jorge Mendes membuat percubaan terakhir untuk menarik Chelsea menandatangani Cristiano Ronaldo,” kata Jacob kepada Simon Phillips dari Talk Chelsea.
“Kedudukan Thomas Tuchel tidak berubah, tetapi serangan Chelsea masih lagi tumpul atau lancar seperti yang dia harapkan.
“Perpindahan pinjaman untuk Ronaldo akan menambah koleksi gol. Dia juga boleh dikatakan lebih sesuai dalam sistem Tuchel daripada di bawah Erik ten Hag.
“Tetapi ia masih jauh kerana pemilik Chelsea dari Amerika, agak bercita-cita tinggi (dan tertarik dengan Ronaldo), tidak akan memaksa mana-mana pemain buat Tuchel.”