
Ia adalah malam yang dinantikan untuk Chelsea, tetapi akhirnya mereka memberikan persembahan hambar ketika menentang Real Madrid di Estadio Santiago Bernabeu dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara.
Hari mereka benar-benar sengsara apabila Ben Chilwell dilayangkan kad merah.
The Blues nampak tumpul dalam aspek serangan selain beberapa percubaan merbahaya awal daripada Joao Felix dan Raheem Sterling.
Dengan ketinggalan secara agregat 2-0, perjuangan pasukan London barat itu sebenarnya masih belum malap.
Jika mereka dapat menjaringkan gol pertama dalam perlawanan kedua dan menyemarakkan suasana Stamford Bridge, ada peluang bagi mereka layak ke separuh akhir sekali lagi.
Ia akan menjadi satu pencapaian untuk Frank Lampard jika dia dapat mengetuai kemenangan sebegitu, sebaliknya mereka perlu melakukan lebih baik daripada semasa perlawanan pertamanya sebagai pengurus.
Pasukannya gagal menjaringkan gol di bawah kendaliannya setakat ini dan itu perlu diubah dengan pantas.
Chelsea juga mendahagakan gol dalam dua perlawanan sebelum Lampard mengambil alih, bermakna mereka telah mengharungi empat perlawanan dalam semua pertandingan tanpa menjaringkan gol.
Itu adalah sesuatu yang terakhir berlaku sejak 30 tahun lalu pada 1993, menurut statistik.
Lampard berharap agar mendapatkan beberapa keputusan positif menentang Brighton pada hujung minggu serta dalam aksi timbal balik menentang Real Selasa depan.
Sekiranya itu masih tidak berjalan seperti yang dirancang, semuanya akan menjadi telur di hujung tanduk.