
FIFA telah mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat cef selebriti, Salt Bae yang menyertai sambutan Piala Dunia Argentina di Qatar hujung minggu lalu.
Argentina memenangi Piala Dunia ketiga di Qatar selepas menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti.
Peristiwa selepas perlawanan adalah bersejarah kerana Lionel Messi diraikan oleh rakan sepasukannya dan peminat.
Tetapi secara tiba-tiba Salt Bae cuba menyelitkan dirinya yang telah dikritik hebat sejak itu.
Pemilik restoran terkenal yang bernama sebenarnya Nusret Gokce, dilihat di atas padang selepas perlawanan akhir.
Dia juga cuba berswafoto dengan pemain Argentina, termasuklah Lionel Messi dan memegang Piala Dunia itu dengan tangannya sendiri.
Ramai pemain Argentina kelihatan sangat tidak selesa dengan Salt Bae di sekeliling dan beberapa insiden telah berlaku.
Susulan insiden itu, FIFA memberitahu Sky Sports News bahawa tiada akses khas buat selebriti itu yang memasuki tanpa sebarang kebenaran.
Peraturan dari FIFA juga menyatakan bahawa hanya pemenang Piala Dunia dan ketua negara dibenarkan menyentuh trofi semasa majlis penutupan.
Jurucakap FIFA berkata: “Berikutan tinjauan, FIFA telah menetapkan mana-mana individu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang selepas majlis penutupan di stadium Lusail pada 18 Disember.
“Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil.”
Ini adalah situasi yang sangat janggal untuk semua orang dan ia pasti sesuatu yang FIFA tidak mahu berlaku lagi.