by klasikko in
Premier League

Ramai menggelarkan Casemiro sebagai legenda di media sosial selepas pemain tengah Manchester United itu berswafoto oleh seorang penceroboh padang.

Pada minit ke-56 perlawanan di Selhurst Park, seorang penyokong yang teruja entah bagaimana melepasi kawalan keselamatan dan menuju ke tengah padang.

Dia terus berlari meluru ke arah Casemiro yang sedang berdiri menunggu perlawanan disambung semula.

Hairannya dia tidak menjauhi peminat tersebut untuk menghalang kelakuannya yang menyalahi undang-undang, sebaliknya pemain Brazil itu dalam keadaan bersedia untuk bergambar.

Orang ramai di media sosial telah memuji Casemiro atas perbuatan santai itu.

Pada awalnya, United mendahului perlawanan 1-0 di atas hasil penyudah tepat daripada Bruno Fernandes.

Di situ, Man Utd hampir hampir melakarkan kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertandingan sebelum Michael Olise merampas tiga mata berharga pasukan Erik ten Hag menerusi sepakan percuma menakjubkan.

Sebelumnya, Casemiro menerima kad kuning kelimanya musim ini setelah terjahan liar ke atas Wilfried Zaha dan kini terlepas kunjungan ke Arsenal pada hujung minggu nanti.

Share Post:

Related Posts