
Legenda Liverpool, Jamie Carragher memuji Jude Bellingham selepas prestasi cemerlangnya untuk England di Piala Dunia setakat ini.
Pemain berusia 19 tahun itu cukup menyinar untuk Borussia Dortmund, dia benar-benar mula membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam kejohanan.
Carragher telah membandingkan impak Bellingham untuk England dengan pemain ikonik seperti Paul Gascoigne, Michael Owen dan Wayne Rooney pada masa lalu.
Malah mencadangkan bekas pemain remaja Birmingham City itu boleh mengatasi pemain seperti Steven Gerrard, Paul Scholes dan Frank Lampard dengan impaknya bersama pasukan kebangsaan.
Namun, pundit itu juga memberi amaran bahawa pemilik Liverpool serta ketua kelab untuk Manchester City dan Real Madrid mungkin agak gementar tentang prestasi cemerlang Bellingham.
Ia hanya meningkatkan nilainya dan mungkin mencetuskan perang bidaan besar untuk tandatangannya pada musim panas akan datang.
“Hanya ada tiga orang di dunia yang menonton Bellingham di Qatar dan berasa cemas iaitu Florentino Perez, Sheikh Mansour dan JW Henry.
“Pemilik Real Madrid, Manchester City dan Liverpool tahu mereka akan terlibat dalam lelongan untuk mendapatkannya,” akui Carragher.
“Kita sedang memerhatikan kerjaya seorang bakat yang luar biasa sedang berkembang.
“Sungguh mengejutkan betapa bagusnya Bellingham. Jika kamu membina prototaip dengan pemain tengah moden, dia akan menjadi pemain tengah itu.
“Dia mempunyai fizikal dan kesukanan seperti Gerrard yang berusia 27 tahun dan mempunyai semua sifat yang anda inginkan dalam diri seorang pemain bola sepak iaitu menendang, membuat hantaran, membantu dan menjaringkan gol.”
Dia menambah: “Potensi Bellingham telah diiktiraf selama beberapa tahun, jadi kemunculannya dalam pasukan England bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
“Sikap tidak gentar jelas kelihatan apabila dia memutuskan untuk meninggalkan bola sepak Inggeris ke Jerman iaitu satu langkah berani ketika dia baru berusia 17 tahun.
“Untuk menjadi kapten pasukan Bundesliga kedua terbesar, Borussia Dortmund dan berusia 19 tahun menunjukkan kematangan melebihi usianya.
“Tetapi tiada siapa yang benar-benar yakin seorang pemain akan berkembang maju apabila diletakkan di bawah penelitian dan tekanan seperti yang pernah dia berada di Qatar.”