
Kelab Divisyen 2 England, Barnsley diberitakan sedang menghubungi bekas penyerang Manchester City, Mario Balotelli untuk dibawa ke Stadium Oakwell.
Pemain yang penuh kontroversi itu telah dipelawa The Tykes apabila ada perbincangan telah dilakukan di antara ejennya dan naib pengerusi bersama, Chien Lee serta Paul Conway baru-baru ini.
Difahamkan, Balotelli pada mulanya bersemangat untuk bermain di liga Championship, tetapi beliau dipercayai mempertimbangkan beberapa jalan alternatif yang lain.

Mantan pemain kebangsaan Itali tersebut telah menjalani latihan bersama pasukan yang tidak ternama Serie D, Franciacorta menandakan kariernya sebagai pemain bola sepak semakin hampir ke penghujungnya.
Sudah hampir 6 tahun sejak kali terakhir beliau menyarung jersi kelab England, Liverpool yang menaruh harapan kepadanya.
Meskipun bersikap selamba, pencapaiannya bukanlah satu perkara yang harus dipandang rendah. Gelaran Premier League, Serie A dan juga trofi agung UEFA Champions League pernah dipeluknya.

Akhir kalam, seperti kita ketahui beliau sering dilanda beberapa masalah peribadi telah merencatkan sedikit prestasi di dalam kerjayanya.
Jurulatih semasa Tottenham Hotspur, Jose Mourinho berkongsi kisah lucu semasa menguruskan Balotelli di Inter Milan:
Saya mengingatkannya supaya hadir di dalam perjumpaan di pejabat saya pada jam 2 petang.
Namun, beliau tidak muncul.
Apabila saya menelefonnya, beliau sedang menyaksikan pusingan kelayakkan Formula One.

Saya memberitahunya “Mario, kamu perlu datang ke pejabat saya.”
Kemudian beliau menjawab “Perjumpaan di pejabat kamu saya boleh hadir setiap hari, tetapi menyaksikan saingan Formula One hanya setahun sekali!”
Beberapa kemudian, saya mengimbaskan kembali kata-katanya itu membuatkan saya tersengih seorang diri.
Kenangan lucu yang mungkin tidak akan dilupakan Mourinho bersama Balotelli