
Satu video yang agak kekok telah dirakam di bilik persalinan Portugal ketika mereka bersiap sedia untuk saingan Piala Dunia.
Bruno Fernandes dilihat jelas marah dengan rakan sepasukan Manchester United, Cristiano Ronaldo apabila kedua-duanya itu bersemuka sesama sendiri.
Pemain tengah itu berkemungkinan bertemu buat kali pertama sejak klip wawancara Ronaldo Piers Morgan tular di media sosial.
Fernandes kelihatan tidak gembira dengan pemain berusia 37 tahun itu dan kelihatan tidak mesra seperti biasa.
Fernandes adalah pemain yang menunjukkan rasa cinta yang tinggi kepada United sejak menyertai kelab itu.
Dia cukup bersemangat apabila berada di atas padang dengan berbaju merah.
Fernandes jelas tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Ronaldo kepada kelab itu.
Bukan sahaja di Old Trafford, malah perkara seperti itu boleh menjejaskan keharmonian di bilik persalinan Portugal juga ketika Piala Dunia nanti.