
Walaupun beraksi dengan baik ketika bertemu Everton pada Sabtu, namun tetap ada sesuatu yang tidak menggembirakan Ole Gunnar Solksjaer mengenai Bruno Fernandes.
Pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol untuk membantu Manchester United kembali bangkit dari aksi suram.
Skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer hadir ke Everton dalam misi untuk mengembalikan keyakinan mereka selepas tewas kepada Arsenal dan Istanbul Basaksehir.
Fernandes yang didapatkan Manchester United dari Sporting Lisbon pada Januari memukau dalam aksi tersebut, dua jaringan pada babak pertama dan satu bantuan gol.
Beliau berjaya membantu penyerang baru ‘The Red Devils’, Edinson Cavani untuk merekodkan jaringan pertama beliau menerusi gol di lewat permainan.

Ole Gunnar Solksjaer tidak berpuas hati dengan satu aspek dalam permainan yang gagal ditunjukkan dengan baik oleh pemain tengah beliau itu.
Malah Solksjaer mengharapkan Bruno dapat memperbaiki perkara ini supaya beliau menjadi lebih baik.
“Persembahan yang baik. Sudah tentu beliau memimpin pasukan, beliau memiliki keinginan dan sasaran. Beliau berada di mana – mana di atas padang.
“Kadangkala ia mengecewakan saya, kerana ada kala ada hantaran yang dilakukan di mana beliau sepatutnya berada di posisi tersebut dan beliau tidak ada disana.
“Namun anda tahu, apabila anda memiliki seorang pemain yang mampu mengawal permainan, sudah tentu ada rasa gembira,” kata Ole.

Sementara kapten pasukan, Harry Maguire mengakui Bruno bermain dengan sangat baik dalam perlawanan menentang Everton.
“Bruno sangat cemerlang hari ini [Sabtu]. Beliau hadir dengan sedikit kekurangan dari perl Rabu.
“Namun beliau miliki karakter besar, beliau seorang pemimpin dan kembali dengan baik. Itulah perkara yang beliau sering lakukan,” kata Maguire.