
Brighton dan Hove Albion menyambut wira mereka yang pulang dengan Piala Dunia, Alexis Mac Allister apabila kembali ke pusat latihan.
Pemain berusia 24 tahun itu adalah salah seorang bintang kejohanan di Qatar, memainkan peranan utama untuk Argentina bersama pemain seperti Lionel Messi dan Emiliano Martinez.
Mac Allister meningkatkan reputasinya dengan beberapa siri persembahan hebat di bahagian tengah Argentina.
Pasukan seperti Chelsea, Arsenal, Manchester United dan beberapa kelab Eropah lain telah dikaitkan dengan perpindahan untuk pemain Amerika Selatan itu sejak kejohanan antarabangsa itu berakhir.
Tetapi di Brighton, Mac Allister berkemungkinan akan terus bermain bola sepaknya sehingga sekurang-kurangnya musim panas.
Dia berpindah ke England dari Argentinos Juniors pada 2019, adalah wajar untuk mengandaikan bahawa nilai Mac Allister telah melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Transfermarkt menilai Mac Allister pada harga €16 juta pada bulan Jun lalu.
Secara tiba-tiba harga semasa beliau naik mendadak hingga €42 juta, tetapi Seagulls pasti tidak akan tergesa-gesa untuk menjual No. 10 mereka.
Semua pemain berhenti seketika sementara menunggu kepulangan Mac Allister kembali ke tempat latihan kelab.
Ketika dia memasuki bangunan dengan pingat Piala Dunia di lehernya, playmaker itu menerima sorakan kuat daripada setiap staf dan pemain di kelab itu.
Mac Allister berjabat tangan dan memeluk semua orang sebelum mengangkat replika trofi Piala Dunia sambil kertas kecil beterbangan di udara sama seperti hari upacara penyampaian hadiah pada Argentina.