by klasikko in
Premier League

Bek kanan Tottenham Hotspur, Emerson Royal memberikan khabar bahawa beliau dalam keadaan yang selamat.

Beliau akan menceritakan kisah yang sebenar selepas berjaya melarikan diri daripada percubaan rompakan bersenjata di Brazil dengan 29 das tembakan telah dilepaskan.

Kepulangan ke negara asalnya untuk berehat selepas tamatnya kempen Premier League bertukar kepada tragedi hitam pada awal pagi Jumaat (waktu tempatan).

Menurut O Liberal dan Jovem Pan Esportes, Emerson baru sahaja meninggalkan kelab malam di Americana, Sao Paulo sebelum menjadi sasaran perompak sekitar jam 3 pagi.

Dilaporkan bahawa beliau sedang bergambar dengan seorang anggota polis yang tidak bertugas.

Apabila Emerson sedang berjalan ke arah keretanya, seorang individu tidak dikenali mengacukan pistol ke arahnya dan meminta barang berharganya.

Pegawai itu dilaporkan mengeluarkan pistolnya dan melepaskan tembakan ke arah pencuri itu dan Emerson dapat melarikan diri tanpa kecederaan.

Menurut pihak polis, sekurang-kurangnya 29 das tembakan telah dilepaskan, salah satunya mengenai perompak tersebut dan mengakibatkan mereka dikerjakan ke hospital berhampiran.

Emerson dipercayai “sangat terkejut” dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Jam tangan dan rantainya telah dicuri semasa kejadian itu, setelah menghabiskan masa bersama keluarganya di Paulista Avenue di Sao Paulo.

Pemain itu bergegas ke balai polis terdekat bersama bapa dan pengurusnya untuk memfailkan laporan mengenai kejadian itu dan memberikan kenyataan ringkas.

“Ia adalah saat yang sangat merumitkan, tetapi sekarang saya mahu berehat dan kemudian saya akan menenangkan diri saya sendiri,” katanya.

Bapa Emerson juga membuka mulut tentang apa yang berlaku, memberitahu Globo Esporte : “Kami sedang meraikan sesuatu dan dalam perjalanan keluar, semua perkara buruk ini terjadi.

“Ia adalah satu adegan yang seram. Saya tidak mengharapkan itu terjadi kepada sesiapa.”

Share Post:

Related Posts