
Manchester United dikhabarkan bersetuju untuk melepaskan pertahanan tengah, Chris Smalling untuk menyertai AS Roma secara perpindahan kekal.
Rundingan dilaporkan telah dipersetujui pada Rabu selepas berkali kali rundingan telah dilakukan antara kedua – dua pasukan sejak beberapa minggu lalu.

Gergasi Itali tersebut sememangnya mensasarkan Smalling untuk menyertai mereka dengan Manchester United meminta harga sekitar £20 juta.
Pada awalnya, Roma dikatakan sekadar menawarkan nilai hanya £13.5 juta kepada United untuk mendapatkan pemain tersebut.
Menurut The Athletic, Roma selepas itu datang dengan tawaran lebih baik iaitu harga di atas £18 juta dan menghampiri nilai yang dimahukan United iaitu £20 juta.
Perbincangan antara kedua-dua pasukan masih berjalan dengan perpindahan semakin hampir untuk dimaterai.

Ole Gunnar Solksjaer memiliki lebihan pemain di posisi pertahanan tengah. Mereka memiliki tujuh orang pemain di posisi tersebut dan sudah tentu beliau tidak mahu pemain yang ramai.
Solskjaer memiliki tujuh pemain pertahanan tengah iaitu ketua pasukan Harry Maguire, Victor Lindelof, Eric Bailly, Axel Tuanzebe, Phil Jones, Marcos Rojo dan Smalling.
Dengan Smalling dijangka akan meninggalkan United untuk ke Roma, seorang lagi pemain iaitu Rojo mungkin juga akan meninggalkan kelab sebelum jendela perpindahan ditutup.
Smalling sangat ingin untuk kembali ke Roma. Beliau bermain 37 perlawanan bersama Roma ketika tempoh pinjaman beliau di Serie A pada musim lalu.

Beliau membantu Roma untuk menduduki tangga kelima liga dan menjadi antara tunjang utama kelab yang berpengkalan di ibu kota Itali tersebut.
Smalling menyertai Manchester United pada 2010 ketika berusia 20 tahun dan beliau sudah bermain hampir 10 tahun bersama ‘The Red Devils’.