by klasikko in
Premier League

Musim ini bukanlah satu pengalaman yang menggembirakan buat Diogo Jota dari Liverpool kerana penyerang itu masih belum menjaringkan gol untuk The Reds.

Musim bintang Portugal itu telah dibelenggu oleh kecederaan dan menyebabkan pemain berusia 26 tahun itu mendahagakan jaringan pada musim ini.

Pada kempen lalu, Jota seperti mesin penjaring gol untuk Jurgen Klopp dengan catatan 15 gol dalam 35 perlawanan Liga Perdana.

Pemain Portugal itu menyatakan bahawa dia menjadikan rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo sebagai inspirasi untuk menamatkan kemaraunya.

“Jelas sekali saya tidak mahu menamatkan musim ini tanpa menjaringkan gol tetapi saya masih mempunyai beberapa perlawanan.

“Jadi saya cuba mendapatkan tumpuan kepada apa yang boleh saya lakukan di atas padang untuk berada dalam detik-detik penentu itu,” kata Jota menerusi talkSPORT.

“Itu akan menjadi faktor utama, jika saya mula terlalu memikirkannya maka ia tidak akan membantu, sudah pasti.”

Dia menambah: “Saya tahu bola sepak adalah permainan yang boleh berubah dengan cepat dan saya pernah mendengar cerita.

“Ronaldo sebelum ini pernah gagal dalam 30 perlawanan dan orang ramai bertanya kepadanya.

“Dia berkata bahawa ini hampir serupa seperti sos tomato. Apabila titisan pertama keluar, semuanya akan keluar.

“Jadi, mudah-mudahan itu juga berlaku pada saya.”

Share Post:

Related Posts