by klasikko in
Serie A

Pemain tengah Juventus, Weston McKennie telah menolak perpindahan ke Aston Villa kerana dia sedang menunggu tawaran daripada Chelsea.

McKennie mengharungi Piala Dunia yang mengagumkan bersama Amerika Syarikat dengan turun dalam 4 perlawanan di Qatar.

Dengan Paul Pogba kembali cergas untuk Juventus, McKennie mungkin tempatnya tergugat sambil berhajat meninggalkan kelab itu semasa jendela perpindahan Januari.

Menurut Corriere dello Sport, McKennie telah menolak perpindahan ke Aston Villa kerana dia sedang menunggu tawaran daripada Chelsea, Tottenham ataupun Borussia Dortmund.

Chelsea telah berbelanja besar semasa jendela perpindahan Januari, jadi ia tidak mengejutkan untuk melihat mereka menyambar McKennie dalam beberapa minggu akan datang.

Bagaimanapun, laporan itu mendakwa bahawa McKennie lebih berkenan berpindah ke Dortmund berbanding Chelsea atau Tottenham, mungkin disebabkan kedudukan di liga.

Dengan Jorginho dan N’Golo Kante akan tamat kontrak pada musim panas, menandatangani pemain tengah boleh menjadi keutamaan seterusnya untuk The Blues.

Share Post:

Related Posts